Hey guys!! My name is Farhana Najihah Zulhazmi.. I'am sweet fifteen..:)^^

Let's view and read my blog.. hope you all will happy when you see my simple blog :)

Monday 28 April 2014

Tentang lelaki itu...

Dia tunduk membuang menung di hujung kasut.
Menungannya menumbuhkan bibit-bibit kerisauan.
Mindaku masih berteka-teki.
Muncullah kerut-kerut khuatir di wajahnya.
Namun aku nekad untuk menjejak kebenaran yang disembunyikan.

Sepucuk warkah dihulur kepadaku.
Warkah itu menghantar segunung bebanan ke dadaku.
Entah mengapa sayu dan pilu meresap ke sarafku.
Terkedu menatap warkah bisu itu.
Usahaku mencuri hatinya berjaya!!!
Teriak hati kecilku.

Aku menadah tangan memohon agar kebahagiaan ini kekal.
Gelap-gelita menyekup ingatan luka malam tadi hilang.
Diganti dengan sinaran sang suria.
Dihiasi burung-burung terbang berkicauan tanda meraikan.
Kini, aku ketahui bahawa keindahan itu masih ada.
Kutemui jalan keluar dari kekecewaan ini.

Embun halus terus gugur dari langit.
Pagi menyelak langsir cuaca.
Damai sesudah gerimis.
Bibirku menyulam secebis senyuman.
Cukuplah sekali aku melalui saat-saat yang memilukan ini.
Yang aku mahu ialah setitis penghargaan.

Dikarang oleh:
~FarhanaZulhazmi~
~2014~

Puisi dalam prosa kehidupan ini...

Renungan jauh disukat nostalgia.
Nostalgia bertaut seperti kiambang.
Naluriku mula digigit rasa pilu.
Takdir telah melontar aku ke sini.
Bukan niat aku membawa semula hempedu itu menjadi santapan.
Cukuplah sekali aku melalui saat-saat yang memilukan ini.

Benteng pertahanan emosi mulai rapuh.
Air mata mula luruh.
Alangkah gilanya perasaan.
Bagaimanakah mahu mematikan ingatan padamu???
Guruh menyentak mimpi yang baru disulam.
Harapan menggunung sering berkecai.

Bilah-bilah hari tetap juga datang menerjah.
Segugus nafas berat dileraikan dari dada.
Lemas dalam kecaian kenangan dan harapan.
Fikiranku terasa sendat oleh aneka kenangan yang membosankan.
Hanya album kaku menjadi penawar rindu.
Dudukku dilandasan sepi.
Sepi bertaburan di mana-mana.

Embun halus terus gugur dari langit.
Kotak memori mengimbas memori semalam.
Aku dibaling kata nista.
Janjinya kurang kukuh.
Kata hati kecilku.
Kita akan kembara lagi mencari janji.

Hidup bukan untuk berhiba.
Bibirku menyulam secebis senyuman.
Kukutip gembira pagi.
Pujukan syahdu manjalani hatiku.
Ternoktahkah perjalanan ini???

Insan di pentas dunia sering mengejar bayang-bayang.
Igauan mimpi dan igauan hati bertaut dan merebut keasyikan.
Yang aku mahu ialah kesetiaan yang memuncak dewasa.
Yang aku mahu ialah setitis penghargaan.

Dikarang oleh:
~FarhanaZulhazmi~ 
~2014~