Hey guys!! My name is Farhana Najihah Zulhazmi.. I'am sweet fifteen..:)^^

Let's view and read my blog.. hope you all will happy when you see my simple blog :)

Monday 2 December 2013

Cerita Hari Ni

Hari nie asik hujan je dari pagi tadi lagi.. Rase macam malas nak keluar rumah hujan-hujan macam nie.. Tapi demi kakak tercinta keluar jugak la teman di pegi buat IC.. Untung lah IC die cantik.. Sumpah jealous.. Tapi tak pe lah orang tengok kite bukan dari IC tapi secara realiti.. Kurang cantik atau cantik itu nombor dua yang penting hati kene la baik.. hehehe.. :P Semakin hari bile muhasabah diri nie balik rasenye dah dapat jawapan yang tepat.. Saya percaya saya sayang die sangat-sangat walau 1000 lelaki kacak berada di hadapan saya.. Saya tetap pilih die sebab saya rase die adalah yang tebaik yang saya temui dalam hidup saya.. Susah nak tipu diri sendiri.. Tapi rase takut kecewa tu masih ada la.. Well siape yang tak takut dikecewakan.. Tapi kekecewaan tu adalah perkara biasa dalam sebuah perhubungan.. Saya tak pernah cemburu kalau die berkawan dengan perempuan lain.. Sebab saya tau die macam mana.. Die tak pandai usha orang dulu pown saya yang usha die dulu.. Hahaha.. Tapi kalau satu hari nanti die usha seorang perempuan memang perempuan tu yang terbaik dan hebat lah sebab dapat pikat hati die.. Seriusly bertuah giler.. Apa-apa pown sekarang nie kite ikut je perjalanannye andai ditakdirkan bersama hingga hujung nyawa.. Alhamdulillah.. Kalau bukan pown Alhamdulillah.. Sebab akan ada yang lebih baik untuk kita.. #Bersangka baiklah terhadap aturan Allah.. (^___^)

Saturday 12 October 2013

Excited.. *_*

*wink wink* mlm nie excited tetibe sbb baru update blog.. hehehe.. setelah sekian lama dibiarkan baru sekarang berkesempatan nk update.. barula semangat sikit nak bukak setiap hari.. kalau tidak bosan je.. hehehe.. nmpk tak disitu kejujuran kerana dengan beraninye mengutuk blog sendiri.. aper punye blogger la nie.. hish.. kalau la blog nie ader perasaan mesti 'die' da merajuk and x der da la tempat untuk share masalah.. hihihi.. sabar je la.. tu je kowt.. assalamualaikum.. ^_^ #mukacomel..

Saturday 14 September 2013

Kerana sebuah cerita..

Malam nie tetiba rase macam nak menulis.. Walaupun tak der bende yang nak dituliskan sangat.. Just nak kongsi sebuah cerita.. Mungkin ader yang tau dan mungkin ade yang tak pernah dengar pown.. cerita nie, cerita novel then diadaptasi jadi drama bersiri kat TV Al-Hijrah.. Tajuk cerita nie Warkah Cinta.. Cerita die sangat memberi kesedaran la kalau hayati betul-betul.. Tak rugi tunggu berbulan-bulan untuk dapatkan novel nie sbb novel nie sangat limited..Setiap bulan pegi tengok kat kedai buku.. Dan novel ni ader sambungannye.. Tajuknye Kala Cinta Dan Wahyu Bersatu.. Ade la beberape petikan yang best dalam novel nie yang boleh dikongsikan bersama.. #cewah.. 

BIDUK PATAH KEMUDI

Amir Mukhlis
(Nama watak dalam novel nie)

Ketika dunia masih berkabus dia pergi meninggalkan aku. Gerimis turun kesedihan. Lalu aku beredar meninggalkan pulau kecewa. Menaiki biduk kecil tidak bertuan. Membelah ombak yang menggulung hiba. Mencerai percikan air dengan tubir pendayung duka. Tanpa disangka, kemudiku patah dan aku tersadai. Terkandas di pulau tidak bernama. Lalu kunamakan ia 'Pulau Sepi'. 

Aku terdampar di pulau ini. Sunyi dan terus menanti. Mengharap muncul seseorang yang membawaku pergi. Lama aku di situ, bermain sendiri. Yang menyanyi untukku adalah alunan angin dicelah pepohon. Yang menyapa tubuhku adalah bayang-bayang tidak bersisi. Tiada suara, tiada bahasa yang dapat kufahami. Hanya ada desir dan gemersik. Aku jadi bisu.

Seawal berada di pulau itu, aku fikir sendiri akan buta. Pendengaranku akan hilang perlahan-lahan. Akal warasku akan tumpul kewajaran. Sehingga jasadku akan mengering dan aku mati kelaparan. Saat itu aku merasakan kaki dan tangan kaku, saraf-saraf di tubuhku hilang rasa, arteri-arteri yang meluru ke jantungku terputus.

Lalu aku membuka kembali simpulan janji. Aku satukan hati. Aku tahu aku perlu terus hidup. Terus menjaga diri sendiri agar tidak mensia-siakan setiap peluang kehidupan yang ada. Aku cuba mengingatkan diri tentang masa depan., tentang harapan. Aku perlu berteguh walau apa jua keadaan. Aku cuba mengingatkan diri di sisi insan ada Tuhan. Ada kuasa yang selalu mendengar dan melihat. Yang menghidupkan dan mematikan. Yang merosakkan dan menyuburkan. Yang mengawal segalanya. Perlahan aku menemukan kekuatan.

Darah kembali mengepam jantungku. Saraf-sarafku mencucuk kesakitan dan aku mengaduh. Deriaku kembali mencipta rasa. Memaksaku bangkit dan mencari sesuatu untuk meneruskan kehidupan. Tubuh letai itu kugagahi untuk bangun. Aku harus berbicara. Tidak boleh membiarkan sendiri jadi bisu. 

Biduk patah kemudi tersesat di lautan, 
Teringat tuan puteri yang muncul dalam ingatan,
Tugu kasih tinggal kenangan,
Namun hidupku tetap diteruskan.

Entah mengapa, pemergiannya buat aku kesal. Baru aku tahu, dia sangat istimewa.Walaupun dia cuma singgah seketika di nubari, namun figurnya telah bermukim di lubuk hati. Dia seolah kekal di situ walaupun takdir menyatakan dia tiada lagi.

Ni lah antara petikan yang menyentuh sanubari.. Mungkin nampak simple tapi sebenarnye tersimpan 1001 maksud yang tersirat.. Bacalah dengan hati yang lapang dan kosong nescaya anda mampu memahaminya.. Petikan nie jugak penah membuat saya berubah.. Waktu tu saya down sangat2.. Rase give up habis lah.. tapi lepas hayati setiap ayat dalam petikan uw.. Terase macam ada kekuatan yang datang secara tiba-tiba.. Sejak tu saya suka baca petikan nie banyak kali.. Lagi-lagi bila saya down.. Petikan nie banyak memberi motivasi jika kita faham apa maksud perkataan dalam setiap bait-bait perkataan yang diluahkan.. Penulisan mampu mempengaruhi minda seseorang itu jika dia mampu memahami apa yang penulis ingin sampaikan kepada pembacanye.. Novel nie adalah novel yang mengisahkan tentang kisah cinta remaja yang membincangkan soal aurat, akhlak dan maruah sebagai isu utama.. Susah nak dapat penulis yang menulis sebuah cerita berasaskan islamik pada zaman sekarang nie.. Hope lebih ramai penulis yang akan menerbitkan buku islamik seperti nie.. Sedikit sebanyak ia mampu membantu remaja masa kini.. ^_^

Sunday 18 August 2013

Mohon Terasa!!!

Sorry sebab saya block awak dari FB saya.. Bukan maksud saya untuk buang awak dalam hidup saya.. Cuma saya tak nak kehadiran awak dalam hidup saya menganggu segala kebahagiaan yang baru saya dapat setelah saya dikecewakan.. Saya nak move on.. Saya dah tak nak berharap kat awak lagi da.. Cukup la dulu saya jadi bodoh sebab tunggu seseorang yang tak pernah hargai saya.. Saya harap sangat awak dah tak muncul lagi dalam hidup saya.. Saya tak nak mencipta apa-apa kenangan yang melibatkan awak.. Mungkin ini keputusan yang terbaik untuk awak dan saya.. Awak hidup la dengan cara awak.. Dan saya akan hidup dengan cara saya sendiri.. Lagi satu, kalau kehadiran awak dalam hidup saya untuk menyakitkan hati saya je.. Tak payah kowt.. Buang masa awak je.. Saya rase kat luar sana ramai lagi perempuan yang tergila-gilakan awak (kecuali saya la).. Mustahil la tak de orang nak awak.. Well awakkan best student anak pengetua pulak tu.. Hot kowt.. Tu je kowt yang saya nak luahkan.. Walaupun saya tau mustahil awak baca bende nie.. Tapi daripada pendam sorang-sorang mungkin boleh jadi gila sebab tekanan perasaan kan.. Memandangkan blog nie saya punye jadi.. Suke hati saya la saya nak tulis ape.. And saya tak mention nama sesiapa.. Kalau terasa uw nasib la.. Siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya.. Sekian terima kasih.. ^_^

Thursday 15 August 2013

Kisah Seorang Bidadari Syurga Iaitu Ainul Mardhiah.. ^_^

Tertarik untuk berkongsi cerita tentang Ainul Mardhiah seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari yang lain.

Suatu pagi (di dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihat pada agama Allah) katanya sesiapa yang keluar berjihat di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari syurga. Mendengar berita itu, seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat untuk mengetahui bagaimana cantiknya bidadari tersebut tetapi dia berasa malu untuk bertanyakan kepada nabi dan pada para sahabat yang lain. Namun, dia tetap memberi nama sebagai salah seorang yang akan keluar berperang.

Sebelum zohor Rasulullah akan tidur sebentar, maka para sahabat pun turut tidur termasuklah pemuda tersebut juga turut tidur sebelum zohor. Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang cukup indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri lalu ditanyanya dimanakah dia...lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan 'Ainul Mardhiah'... lalu ditunjuknya ke suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tidak pernah dia lihat kecantikan seperti itu... tak pernah dilihat di dunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya adakah dia Ainul Mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidak... saya khadamnya, Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana sana. 

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi, sedang mengelap permata-permata perhiasan di dalam mahligai... lalu diberi salam dan ditanya lagi adakah dia Ainul Mardhiah... lalu wanita itu menjawab... ehh tidakkk, saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini... Ainul Mardhiah ada di atas mahligai sana... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua... dan tak pernah dia lihat di dunia... lalu wanita itu berkata... akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nanti!!! kamu belum syahid lagi... tersentak itu, pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada salah seorang sahabat yang lain, namun begitu dia memesan agar tidak menceritakan cerita itu kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia syahid barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi diantara jemaah tersebut telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah salah satu sunah nabi). Maka kawan pemuda yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal pemuda yang syahid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar... benar... benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga... Subhanallah... 

  

Sunday 21 July 2013

Bermulanya Cerita Kita..

Pada suatu hari ader la seorang aunty nie.. Die datang skolah.. Waktu tu rehat pengawas menengah rendah.. Ader la seorang pengawas perempuan nie tengah makan dengan kawan dia dekat lobi sekolah tu.. Name pengawas tu F.. Then dia nampak aunty uw menuju ke arah dia.. Dia pown bangun la dan bertanya kepada aunty uw kalau ader aper-aper yang dia boleh tolong.. Lepas tu aunty uw ckp la yg dia nak jumpe anak dia, kelas 2C.. Lepas uw F uw pown tanye la at aunty uw anak aunty uw pengawas ke tidak.. Sebab waktu uw pengawas tengah rehat.. Kalau anak aunty uw pengawas dia boleh la bawak pegi ke tempat yg sepatutnye.. Then aunty uw pown ckp la yg anak die uw student biase je.. Lepas uw F nie pown bawak la aunty uw ke kelas anak aunty uw.. da sampai dekat kelas uw F pown pegi la turun semula.. dr jauh dia perhatikan siapa la anak aunty uw.. Kali pertama die tengok anak aunty uw dalam hati die terdetik 'hensemnye'..

Keesokan harinye kat skolah ader spot check kekemasan diri.. dan budak lelaki uw kene atas kesalahan tak pakai nametag and x pakai songkok.. F nie pown datang la at budak uw bagi buku catatan kesalahan murid untuk budak uw isi.. tujuannye untuk tau siape name budak lelaki tu..bila dah tau hati pown berbunga-bunga la.. waktu rehat pulak budak lelaki tu selalu turun kat tangga tempat F nie jaga..

Dah berminggu-minggu F nie perasan yang budak lelaki tu setiap hari turun tangga uw.. so F nie pown berangan-angan la nk cuba tegur.. tapi tu la takut maklumlah budak lelaki tu lagi tua.. sampai lah F nie kapel dengan orang lain.. waktu uw F nie tingkatan 2.. so bile da berpunye kene la setia kan.. F pown dah tak perduli sangat kat budak lelaki yang dia minat dulu tu.. sampaikan nama budak lelaki uw pown F dah x ingat.. dalam diam hampir semua budak kelas F nie admire budak lelaki tu.. tapi semua pandai simpan rahsia.. sampai la bile F nie masuk form 3, waktu uw die dah single.. die terpandang budak lelaki tu dan baru lah dia teringat yang dia pernah minat budak uw.. sejak tu die rajin la carik tau pasal budak lelaki nie..

Satu hari nie F bagi la tau kat kawan dia yang die minat budak lelaki uw.. Then kawan F nie cakap yang budak lelaki tu sepupu kawan baik die.. sejak tu makin banyak la maklumat yang F nie dapat.. sampai la satu hari nie budak lelaki uw dapat tau yang F nie minat kat dia.. and budak lelaki uw macam mengelak dr F.. hancur jugak la hati mula-mula... Then, nak dijadikan cerita F nie jumpe la dengan sepupu budak lelaki tu waktu program pertukaran pelajar.. so ader la beberape lg cerita yg F nie dapat..

Sampai la satu hari nie ader kawan budak lelaki tu bg nombor telefon budak lelaki uw at F nie.. malam tu F nie terfikir-fikir jugak nak text ke x nak.. Then, dia kuat kan jugak hati die text je la budak lelaki tu.. tetibe budak lelaki uw x kenal.. okey la x kenal.. lepas uw pulak x percaya yg F nie yg text die.. huh sodeh betul.. tp x per la.. kalau da suke kene la hadapi.. keeseokan harinya budak lelaki uw pulak text F nie.. rase mcm nk melompat sampai ke awan biru.. nasib baik x sampai.. then.. kenal2.. sampai la sekarang..:)

Itulah rencana Allah tak ada seorang manusia pown yang tahu apa akan terjadi pada masa hadapan mereka.. semuanye bermula dari F nie bawak mak budak lelaki uw pegi jumpe budak lelaki uw.. itulah yang dinamakan takdir.. bukannye kebetulan.. dalam dunia ini tidak ada satu perkara pown yang berlaku secara kebetulan.. semuanye telah dirancang oleh Allah SWT..

Tuesday 25 June 2013

Sayang..

Bertemu dirimu adalah satu takdir,
Menjadi kawan kamu adalah satu pilihan,
Tetapi untuk JATUH CINTA kepadamu,
bukanlah satu kebetulan.

KERANA
ianya adalah sesuatu
yang telah ditentukan Tuhan.

Secaranya jujurnya Ana dah jatuh cinta dan sayang sangat kat dia.. Perasaan takut kecewa semakin memuncak dalam diri ini. Ana takut sangat-sangat. Ana cuba kawal perasaan ini supaya Ana tak terlalu sayang kat dia.. Tapi Allah telah menentukan segala-galanya.. Allah telah menetapkan yang Ana akan sayang kat dia suatu hari nanti.. Dan kini Ana sayang sangat-sangat kat dia.. Ana takut kalau satu hari nanti dia akan pergi dari hidup Ana.. Ana takut Ana tak mampu menahan perasaan sakit ini.. Ana tak kuat.. Dulu Ana kecewa dan Ana bangkit semula untuk meneruskan hidup ini.. Tapi sekarang Ana rasa Ana tak mampu menanggung semua nie.. Ana takut Ana tak dapat nak terima takdir Allah.. Setiap hari Ana cuba muhasabah diri untuk terus kuat mengharungi dugaan, cabaran yang telah Allah beri.. Tapi.. perasaan takut nie susah untuk dihapuskan.. Ana cuba meyakinkan diri untuk terus kuat walau apapun yang akan jadi nanti.. Andai kata hubungan ini akan berakhir begitu sahaja Ana redha dengan ketentuan Allah.. Tapi jauh disudut hati Ana.. Ana nak sangat dia jadi milik Ana.. Walaupun Ana baru kenal dia.. tapi Ana dapat rasa die seorang yang sangat baik.. Dia lembut.. Dia manis.. tak pandai marah-marah.. Rasa bersyukur sangat kerana dapat kenal dengan die.. Dulu waktu form 1 setiap hari Ana cube nak tegur dia.. Tapi sekalipun tak pernah.. Ana segan.. Lagipun kalau Ana luahkan perasaan Ana dari dulu lagi mungkin Ana takkan dapat kenal dengan dia seperti sekarang sbb waktu tu die suke seseorang.. Itulah takdir Allah.. Kita sebagai hambaNya yang serba kekurangan hanya mampu merancang.. Tapi Allah yang menentukan segala-galanya.. Dan perancangan Allah adalah sebaik-baik rancangan.. Ana percaya setiap yang berlaku ada hikmahNya sebab Ana dah pernah rasa hikmah disebalik semua yang terjadi dan hikmah yang Allah berikan sangat manis.. Ana hilang orang yang Ana sayang dan cintai dengan sepenuh hati Ana dan Allah berikan seseorang yang sangat baik.. yang sangat mencintai Ana sepenuh hatinya.. Tapi jodoh tak berpanjangan.. Dia pergi dari hidup Ana dengan alasan yang boleh diterima.. Ana tak kisah sebab kini Ana telah memiliki seorang lelaki yang mungkin lebih baik.. Alhamdulillah.. Rasenye Ana dah lari tajuk nie.. Tapi tu la.. Ana harap perasaan takut untuk kecewa nie dapat dihilangakan.. dan sekarang Ana nak ikut je perancangan Allah nie.. Seandainya ada jodoh Alhamdulillah seandainya tidak Ana redha.. mungkin ada yang lebih baik dan lebih sesuai untuk Ana..



Wednesday 29 May 2013

KECEWA??


Herm.... Kecewa ker?? Tak tau la sebenarnye Ana nie kecewa ker tak.. Ana tak tau kenape Ana seolah-olah masih mengharapkan die.. Move on Farhana.. Kau boleh.. Ana nak kata Ana tak happy.. Ana happy dengan kehadiran MR.N.. Ana rase Ana da tak perlukan die lagi dalam hidup Ana.. Kalau kehadiran die hanya untuk mempermaenkan perasaan Ana baik la tak payah.. Tapi dalam mase yang sama Ana masih nak die tegur Ana.. Herm.. Aper nie?? Ana cube buang perasaan nie tapi tak boleh.. AAAAARRRRHHHH!!! Okey fine die pandai.. Best student.. Siapa la Ana untuk mendampinggi die.. Dah la kaya, pandai, ade rupe.. Ana tak nak la ader perasaan macam nie lagi dah.. Penat, sakit... Semua ader.. Tapi Ana takkan sesekali menyalahkan takdir.. Iye la setiap yang berlaku ade hikmahnya.. Ana tukar nombor telefon sebab Ana tak nak berhubung langsung dengan die.. Kalau ikutkan hati Ana nak je deactive account facebook.. Tapi itu je lah satu-satunye cara Ana nak berhubung dengan kawan-kawan lame Ana.. Ana tak nk remove die.. Kalau remove sekalipun tak gune sebab setiap hari Ana nk stalk die.. Ana nak semangat untuk Ana bangun semula mengorak langkah ke hadapan tanpa menoleh ke belakang.. Ana nak sangat semangat tu.. Kehadiran MR.N memang buat Ana happy sangat lagi pown Ana suke die.. Ana tak nak mempermaenkan perasaan MR.N.. So mulai hari nie Ana akan cube sedaya upaya untuk buang die selama-lamanye dalam hidup Ana.. Nama die pown Ana tak nak simpan dah.. Sekarang nie Ana just nk fokus untuk PMR je.. Ana nak buktikan yang Ana mampu berjaya.. Hope Ana dapat lakukan.. Insyallah.. Perjalanan masih jauh untuk ditempuh.. Ujian mendewasakan kita.. Hadapilah sesuatu itu dengan senyuman.. 

Ikhlas dari,
Cik Ana Farhana

Friday 17 May 2013

Cinta Aku Dan Dia.. ^_^

07.05.2013 adalah tarikh dimana Ana mula-mula berkenalan dengan die secara rasminya.. Serius time tu happy sangat.. Susah untuk digambarkan.. Mula-mula rase mustahil untuk dapat berkawan dengan die sebab die seorang yang sangat pendiam.. Tapi kini terbukti Ana mampu menarik minat die untuk berkawan dengan Ana.. Mula-mula tu memang la rase janggal sikit baru kenal la katekan.. Kiteorang mula kenal melalui SMS.. Mula-mula tu die tak percaya Ana text die sebab Ana dapat num die dari kawan die.. So memang die tak jangka langsung la.. Die ingatkan kawan die saje-saje kenekan die.. Lepas die tanye kawan die barulah die percaya yang memang Ana yang text die.. Hari pown terus berlalu sehinggalah......

Bertarikh 10.05.2013.. tarikh di mana die bagi tau kat Ana yang sebenarnye die pown suke Ana jugak.. Mula-mula takut jugak sebab maner la tau syok sendiri je.. Tapi Alhamdulillah cinta dibalas.. Tapi kami tak couple.. Tak semestinya kalau suke sama suke kene couple terus.. Sampai ke hari ini kiteorng still kawan.. Ana rase die seorang yang sangat baik.. Kalau orang yang tak kenal die akan rase yang die nie sombong, tak suke perempuan.. Tapi tidak sama sekali.. Die seorang yang sangat sangat baik.. Bak kata pepatah Tak Kenal Maka Tak Cinta.. Wink Wink *_*

14.05.2013.. Die tawarkan die untuk ajar Ana Math.. Ana memang tak pandai sangat Math so dengan senang hatinya Ana terime je lah tawaran die tu..

15.05.2013.. sampai lah 17.05.2013... Ana masih lagi belajar same-same dengan die.. Lupe nak bagi tau yang die nie tua setahun dari Ana.. Die memang seorang yang baik.. First time Ana dengar suara die.. Huh melting habis.. Samai nak bukak buku pown tergetar-getar.. Malu la sikit time tu.. Ana tak sangke pown yang die memang betul-betul nak datang ajar Ana.. Tibe-tibe memang betul pagi tu die muncul depan mata Ana.. Huh rase nak gugur jantung.. Itu lah orang cakap bila kita kehilangan sesuatu itu mungkin ade yang lebih baik untuk mengantikannya.. Kini terbukti.. Markah Math Ana pown okey la tak la gagal.. Terime kasih sangat-sangat kat die sebab sudi datang awal pagi semata-mata nak ajar Ana.. Kalau die tak de nak ajar Ana mungkin Ana tak dapat markah seokey ini.. Dan die seorang yang sangat merendah diri.. 

Sampai sini je la dulu nanti kalau ade cerita pasal die lagi boleh la kongsi same-same.. Kepada sesiapa yang tak suka.. Saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kerana saya memang tidak sempurna dan tidak mampu untuk menyenangkan hati semua orang.. Kepada sesiapa yang menyokong blog ini terima kasih sangat-sangat..

Salam sayang dari saya,

Cik Ana Farhana 

wink wink *_*

Monday 22 April 2013

Just For Fun.. ^_^

Wahai calon Imamku..
Bersabarlah untuk menanti kedatanganku,
Jika memang kita berjodoh,
Allah pasti akan memberikan
cinta ke dalam hati kita,
Bantu aku dengan doa dalam Istikharahmu,
Biarlah Allah yang mengatur semuanya,
Kerana pilihan Allah adalah
pilihan yang TERBAIK... ^_^

Jangan sibuk
mencari yang SEMPURNA
jika yang SEDERHANA mampu
membuatmu bahagia
dan taat kepada ALLAH.. ^_^

Hatiku ini masih belum diisi
oleh mana-mana cinta LELAKI
kerana diriku masih lagi
tergapai-gapai untuk
mencari cinta ILLAHI.. ^_^

Sekeras mana pun kita berusaha
Untuk melupakan seseorang
Kita pasti mengingati dan
Merindui setiap kata-kata
Yang pernah diucapkan.. ^_^

Friday 22 March 2013

Demam.. :'(

Herm.. da seminggu da demam.. da tak larat da nak telan ubat yang bnyak tu.. maknenye da seminggu jugak la x pegi sekolah.. Herm.. andai la die tau keadaan aku sekarang nie aper la reaksi die erk? adekah sama macam dulu atau sudah berubah.. Hati orang tiada siapa yang tahu dan dapat mentafsirkannya.. Kalau dulu dialah antara orang yang sentiase risau dengan keadaan aku.. herm.. sekarang die da tak der kat depan mata.. tapi segala kenangan bersama dia sentise terpahat kukuh dalam ingatan walaupun cuba untuk lupakan.. huh.. stress betul.. Antara impian aku adalah aku teringgin sangat nak tengok die walupun dari jauh.. rindu sangat kat die.. perangai dia, gaya dia.. herm semua tu tak ada pada orang lain.. dia unik sangat susah nak carik orang yang macam dia.. dia 1 dalam 1000.. Takut sangat kalau satu hari nanti tak berkesempatan untuk berjumpa dengan dia lagi da.. lagi menyedihkan kalau terputus hubungan langsung.. Ya Allah kenape lah ingatan terhadapnye tak pernah hilang?? walaupun aku telah cuba sedaya upaya untuk melupakannya.. Apalah khabar die sekarang nie? sihat ker? da dapat penganti ker? herm.. Harap sangat die still sudi mesej aku walaupun hanya satu mesej.. :')

#Awak.. saya rase saya demam sebab saya rindu sangat kat awak (agak la).. Awak la abang, awak la kawan, awak la  segala-galanye dalam hidup saya.. tanpa awak hidup sunyi sangat.. saya harap sangat awak hadir semula dalam hidup saya satu hari nanti.. Insyallah kalau masih ader rezeki untuk kita berjumpa kembali.. :')

#Saya setiasa menantikan kehadiran awak semula.. :)


Sunday 10 March 2013

Azam Baru.. ツ

Herm.. dari hari tu lagi berazam nak lupakan die.. Katanye bile balik TKC tak nak langsung ingat pasal die.. Tup tup at saner jumpe cousin die bukan lupekan, menginggatkan lagi ader la.. Huh susah betul la.. Tapi sebenarnye saya tak suke die pown.. Saya just minat die je tu pown sebab die iras ex saya kalau tak mungkin saya takkan pernah minat die.. Tapi tak tau kenape semakin hari semakin kerap pulak die muncul depan mata. Semenjak balik dari TKC suke sangat bertembung dengan die. Puas elak supaya tak bertembung dengan die.. Tapi hampeh.. Hish tak tau la.. Sakit otak.. Bila suke die buat tak tau je bile nak lupakan pulak die suke muncul dalam hidup nie.. Hish apelah masalah mamat nie?? Takkan nak tanye kowt.. Mustahil.. Stressnye.. Kalau la boleh cakap depan-depan kan senang tapi mustahillah.. Orangnye sweet sangat die unik tapi itulah jual mahalnye terlebih.. Cubelah peramah sikit nie tidak bercakap dengan orang yang dikenali je.. Hish entahlah.. Tapi sepupu die cakap sebenarnye die nie banyak mulut jugak tak der la pendiam macam yang disangka.. hehehehe.. Tapi entah la daripada raut wajah die tu.. Nampak sangat die nie pendiam, tak banyak cakap.. Iye lah jangan menilai seseorang itu dari luaran sahaja.. Macam ex saya yang dulu.. Nampak pendiam.. Tapi diam-diam die pandai juga ader perasaan at perempuan.. Tapi die memanng setia.. Sampai sekarang tak couple lagi.. Alhamdulillah.. Die pown nak kejar cita-cita die dulu.. Baguslah.. Kalau pandai semua orang nak..ツ so sekarang nie rase macam nak ikut jejak langkah die.. Nak berjaya dulu.. Yeah.. 'Azam Baru'.. Wish me luck..  

Friday 8 March 2013

To my 'Adam'.. :)


My dear 'Adam', 
you don't have to drive any 
BMW or Mercedes or Skyline to
be gorgeous. Be an Imam in prayers.
That's how I define gorgeous. You
don't have to have nice voice and
hush me with lovely songs to woo me.
Recite the Kalamullah, Al-Quranul Kareem.
That's how I would melt. You don't have
to be rich for me to love you.

Sincerely, your love, 'Hawa'.

#Sorry kalau ada ejaan yang salah..
#Sya hanya manusia biasa..


Saturday 2 March 2013

Cinta Menurut Pandangan Islam

Cinta. Apa itu cinta? Jika kita berbicara tentang cinta, pasti kita tidak akan terlepas daripada memperkatakan tentang cinta monyet yang menjadi nadi kepada muda-mudi masa kini. Malahan kebanyakan cinta seperti ini menjurus pelakunya untuk membuat perkara maksiat tanpa menilai dan memahami erti cinta yang sebenar-benarnya. Cinta bukan sekotor itu.

Apakah maksud atau makna cinta? Cinta merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka.

Cinta yang hanya berpaksikan tuntutan fitrah tanpa dicemari oleh hawa syahwat melambangkan kedamaian, keamanan dan ketenangan.

Bagaimanapun, cinta seringkali diperalatkan untuk melepaskan keghairahan nafsu. Maka akan terjadi bermacam perkara yang merosakkan manusia dan membawa kepada kemaksiatan dan kehancuran umat terutama bagi golongan remaja yang terlalu taksub dan asyik dengan cinta tanpa ada penilaian dan pertimbangan akal fikiran yang waras.

Cinta yang hanya berlogikkan nafsu dan syahwat semata-mata hanyalah cinta palsu yang penuh jijik dan hina.  Oleh hal yang demikian itu, sebagai seorang remaja, terutama remaja mukmin, kita sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta di dalam jiwa dengan lebih memahami makna dan erti serta cara yang sesuai untuk menerima dan memberi cinta kepada seseorang. Jangan hanya membuta tuli dan mengikut tuntutan nafsu semata-mata.

Cinta dan pemasalahannya telah menjadi perkara serius yang dihadapi oleh umat Islam hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dengan cinta palsu menyebabkan umat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik. Krisis cinta palsu telah menyebabkan umat Islam memusnahkan etika spiritual - membunuh solidariti dan menodai sosial sehingga ada yang sanggup berbunuh-bunuhan dan membunuh diri akibat daripada tekanan perasaan yang sukar untuk dikawal.

Islam tidak memusuhi cinta. Ini sesuai dengan ciri-ciri Islam sebagai agama yang menepati fitrah manusia. Malah, Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia.

Bagaimanapun, cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri seperti:

1. Cinta kepada Allah

Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehidupan manusia, iaitu cinta kepada Allah. Tanpa cinta kepada Allah, perlakuan hamba tidak memberi peluang yang bererti, sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan mencintai Allah. Dengan cinta akan mendorong manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah serta menerbitkan iman yang mantap. 

Firman Allah s.w.t:
"... (walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain daripa Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah..." (Surah Al-Baqarah : 165)

2. Cinta kepada Rasulullah s.a.w dan para Anbia' 

Ketika manusia berada di dalam kegelapan, maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah s.a.w.

Maka, menjadi satu kewajipan kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para anbia' dengan mengikut segala sifat yang terpuji. 

Kerana perasaan kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa dan menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah s.a.w dalam usaha Baginda untuk menyebarkan agama Islam.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ada disebut:

"Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seseorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka." (Bukhari: no. 15, Muslim: no. 60, Tarmizi: no. 2548, Nasaie: no. 4901)

3. Cinta sesama mukmin

Perasaan kasih sayang sesama manusia merupakan tunggak utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan. Cinta inilah yang mengajar kita supaya mencintai ibu bapa dan keluarga. Selain daripada cinta kepada kedua-dua ibu bapa, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah s.a.w.

Maksud firman Allah s.w.t:
"... Nabi Muhammad (s.a.w ) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam).." (Surah Al- Fath: 29)

Inilah yang telah diajar oleh Islam. Maka masyarakat sejagat, malah umat Islam sendiri dapat melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam dan begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya supaya tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu.

Itulah cinta di dalam Islam. Ia haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Lalu akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh 'syaitan cinta' sewenang-wenangnya. 

Sesungguhnya cinta sebelum perkahwinan merupakan cinta palsu walaupun dihiasi dengan rayuan manja kerana itu hanya panggilan ke lembah kebinasaan. Masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlaku dalam hidup dan tidak berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya. 

Maka dalam meniti usia, remaja perlu berhati-hati dengan mainan perasaan walaupun merupakan perkara yang amat sukar dilakukan, apatah lagi semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam. Itulah azam kita untuk melawan nafsu dan alangkah malunya untuk kita tewas dan kita sendiri merelakan diri dibawa oleh arus yang menghancurkan. 

Jangan jadikan diri kita sebagai hamba cinta yang hanya berlandaskan nafsu tanpa pertimbangan akal yang waras. Kita seharusnya mengawal perasaan cinta kerana jika terlalu obses terhadap seseorang, manusia biasanya akan hilang kawalan dan tidak dapat menerima hakikat kehilanggan, lantas sanggup melakukan sesuatu yang buruk untuk melepaskan perasaan kecewa seperti pembunuhan kejam yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini..

Wednesday 13 February 2013

Berperang Dengan Perasaan Sendiri..

Semalam telah berlalu tanpa menunggu sesiapa pown. Dan semalam telah tercipta satu lagi sejarah dalam hidupku. Aku tak tau kenape aku masih lagi menunggu dia. Aku cuba buang perasaan ini tapi aku gagal.. Setiap kali aku cuba lupakan dia, setiap kali itu juga lah dia hadir semula dalam hidup ini. Ya Allah kau kurniakanlah kepadaku sifat redha.. Kadang-kadang terasa seperti ingin pasrah dalam hidup dan hilang keinginan untuk melupakannya kerana aku pasti akan bertemu dengannya semula. Mungkin ini adalah satu ujian dari Allah.. Kenangan bersamanya tidak pernah hilang walaupun aku cuba untuk membuangnya. Sejauh mana pun aku buang kenangan itu ianya tetap akan datang semula.. Aku tak tahu apa tujuan kenangan itu hadir semula dalam hidupku sedangkan aku sudah membuangnya jauh-jauh dari hidupku..Sakit sangat setiap kali aku cuba melupakannya dan membuangnya jauh dari hidupku.. Mengantikan orang lain dalam hati ini tidak pernah berhasil.. Mungkin ada rasa cinta itu tapi rasa itu tidak seperti rasa cinta aku kepadanya.. Dia ada sesuatu yang istimewa.. Dulu aku pernah cuba melupakannya dengan meletakkan seseorang dalam hati ini tapi hasilnya aku telah menlukai hati orang itu. Aku tidak mahu mengulangi semula perkara itu. Tapi ada seseorang yang seperti dia. Walaupun sama tapi mereka tidak serupa. Aku meminati budak tu tapi aku takut aku minat dia kerana sifat mereka yang hampir sama.. Setiap kali aku tengok budak tu aku rasa macam aku melihat dia.. Aku tak nak hanya kerana perwatakan mereka yang hampir sama menyebabkan aku terpaksa berbohong dengan perasaan sendiri.Budak tu baik sebab tu la aku tak sanggup nak mempermainkan perasaan die.. huh.. susah betul la.. Rasa macam malas nak pikir pasal nie.. Tapi kalau tak fikir takut jadi benda yang tak diingini pulak.. Tak pe lah.. berserah je lah.. Apa yang terbaik buat je la.. 

Saturday 9 February 2013

Fall In Love Again.. ^,^

Saat ini aku sudah dapat membuka pintu hati ini untuk orang lain selain dia. aku sudah jatuh cinta kepada seorang lelaki yang boleh dikategorikan baik. Aku hanya manusia biasa. Jadi aku tidak tahu sejauh mana kebaikan yang dimiliki oleh lelaki itu. Cume aku dengar cerita dia bukanlah berasal dari keluarga yang berada. Hanya biasa-biasa sahaja tidak seperti yang sebelom ini malahan sangat berbeza dari yang sebelom ini. Mungkinkah dia jodoh ku??? Itu belom pasti tapi aku sudah pernah jatuh cinta kepada dia suatu masa dahulu. Tapi perasaan itu hanya sementara yang hadir di saat aku kesunyian. Aku tidak mahu tersalah pilih atau terlalu mengikutkan nafsu. Jadi buat masa ini aku hanya pendamkan perasaan ini. Aku tidak mahu dia tahu tentang perasaan aku terhadapnya. Takut kalau dia menjauhkan diri dariku. Cukuplah sekadar aku dapat melihatnya dari jauh. Itu pun sudah dapat mengembirakan hati ini. Aku tak tau kenapa aku mampu tersenyum disaat aku kesedihan apa bila melihat dia di depan mataku.. Adakah ini benar-benar cinta? Aku sudah pernah mempermainkan perasaan orang. Mungkin kerana aku terlalu menurut kata hati yang telah lama sepi ini. Jadi kali ini aku tidak mahu lagi mengulangi perkara yang sama. Biarlah aku belajar dari kesilapan yang dahulu. Dia.. Kenapa dia yang selalu hadir dalam hati ini di saat aku sendirian dan kesedihan? Tapi dia terlalu baik untuk aku. Walaupun dia tidak sekaya dan tidak sekacak orang lain tapi dia memiliki sifat yang tidak semua lelaki miliki. Dari cara dia aku dapat rasakan yang dia adalah seorang yang penyayang. Aku pernah terserempak dengan dia sewaktu dia menemani adiknya keluar berjalan-jalan. Walaupun pada waktu itu dia seorang sahaja lelaki kerana dia menemani adiknya bersama seorang lagi kawan adiknya. Tapi waktu itu perasaanku tidak perti sekarang ini. Wajah dia sentia membuatkan jantung ini berdegup kencang tapi dalam masa yang sama terasa damai bila melihat wajah dia yang bersih itu. Wajah dia seakan-akan tersenyum walaupun dia tidak tersenyum. Sejujurnya aku tidak pernah mendengar suaranya dan aku pasti dia mungkin tidak mengenali aku. Kerana dia bukanlah seorang yang suka bergaul dengan perempuan. Dia juga seorang yang pandai dalam akademik walaupun tidak cemerlang tapi dia mampu menjadi pelajar kelas kedua. Dia tua setahun daripada aku. Aku selalu jugalah curi-curi melihat dia. Tapi tidaklah terlalu ketara. Ramai juga peminat dia yang berada di kelas aku. Tidak terkecuali kawan-kawan yang rapat denganku. Kebanyakannya sudah pernah meminati dia. Wow dia adalah lelaki pilihan ramai perempuan. Tapi mungkin dia tidak mengetahui tentang hal ini. Kerana masing-masing hanya meminati dia dari jauh termasuklah aku. Sampai ke saat ini aku masih tidak mahu memberi tahu kepadanya tentang perasaanku ini. Aku lebih rela melihat dan mencintai dia dari jauh daripada dia menjauhkan diri daripadaku sehingga aku terpaksa berpisah dengannya tanpa relaku. Seminggu aku tidak akan ada di sekolah itu. Dan aku mungkin akan merindui wajahnya yang sangat mendamaikan hati sesiapa sahaja yang melihatnya terutamanya aku yang sedang menaruh 1001 harapan kepadanya.Biarlah rahsia ini kekal dalam lubuk hati ini tanpa melafazkannya kepada empunya diri.. :)

Monday 28 January 2013

Manisnya Perancangan Allah SWT..

Saya pernah kecewa. Kecewa yang teramat sangat, sehinggakan saya rasa seperti ingin berputus asa.Tapi dengan izin Allah SWT. Pada suatu hari saya alih TV ke siaran 106 (astro Oasis). Waktu tu sudah hampir masuk waktu maghrib. Selepas berkumandangnya azan Maghrib saya masih lekat di hadapan TV sementara menunggu kakak saya keluar dari bilik air. Saya masih melihat siaran yang sama. Satu demi satu Zikir dialunkan. Sehingga tiba pada sebuah Zikir.. Iaitu Zikir Terapi Diri- Hafiz Hamidun.. Kalau yang pernah dengar tu mungkin tahu la. Terdetik di hati saya satu rasa insaf dan saya rasa saya ingin teruskan kembali hidup saya seperti biasa. Keesokkannya saya bangun dengan 1001 azam yang baru. Beberapa hari selepas peristiwa itu. Dengan tidak sengaja, saya tergerak hati untuk menonton cerita Warkah Cinta. Cerita ini mengisahkan bahawa perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Semenjak itu saya berazam untuk menjadi perempuan yang baik supaya saya memperoleh lelaki yang baik. Sebelum ini saya hanya melihat tajuknya sahaja. Tidak terdetik lagi untuk menonton cerita tersebut. Setelah menonton cerita itu episod demi episod sehinggalah ke hujung ceritanya. Saya seperti mendapat petunjuk dari Allah SWT. Entah kenapa selepas saya kecewa yang amat teruk itu saya didatanggi dengan bermacam-macam petunjuk daripada Allah SWT. Semenjak dari itu saya selalu membaca di laman-laman sesawang tentang cara untuk menjadi muslimah sejati. Mungkin itu adalah salah satu nikmat yang Allah kurniakan kepada saya. Mungkin Allah ingin memberi peluang kepada saya untuk berubah kepada insan yang lebih baik. Alhamdulillah sekarang saya sudah sedikit demi sedikit berubah daripada perkara yang kecil sehinggalah perkara yang besar-besar. Saya berharap akan ada suatu hari nanti seorang insan yang mampu membimbing saya ke jalan yang benar dan mengubah saya kepada insan yang lebih baik dari sekarang.. Amin. :D

#hanya untuk berkongsi.. :D

Friday 25 January 2013

Apakah Erti Cinta???

C I N T A ditafsirkan mengikut tafsiran orang yang mengungkapkan kata cinta malahan kata cintanya kadang-kadang terkeliru dengan perbuatannya sendiri. Ini bermakna mereka tidak dapat memahami erti cinta itu sebenar.

Marilah kita memahami erti cinta, cinta sebenar, cinta palsu dan syirik cinta.

Syirik cinta, iaitu menyamakan cinta kepada Allah sama seperti cinta kita kepada seseorang atau makhluk yang lain dengan perbuatan mengagongkannya dan rasa takut padanya. Sedangkan yang layak untuk diagongkan dan rasa takut hanyalah untuk Allah semata-mata. Ini adalah cinta salah, cinta syirik, janganlah kita terjerumus dalam jenis cinta ini.

Janganlah kita juga tertipu dan terjerumus dalam cinta palsu atau cinta yang tak cukup iaitu hanya menuturkan kata mencintai ALLAH SWT tetapi mengingkari syariatnya. Cinta jenis ini tidak mencukupi untuk melayakkan kita memasuki syurga Allah dan terhindar daripada azab neraka. Kenapa? kerana orang munafik dan orang kafir juga cinta kepada Allah. 

Mereka menuturkan kata menyintai Allah tapi mereka sebenarnya orang yang kufur pada nikmat akal, pendengaran dan penglihatan. Mereka mengkhianati apa yang dituturkan kerana mereka mengingkari apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW iaitu dengan tidak mematuhi perintah syariatnya yang datangnya dari Allah swt. Cinta mereka tidak sempurna (tidak cukup) bila mengakui kalimah syahadat yang pertama tetapi mengingkari kalimah syahadat yang kedua.

Bukankah itu yang banyak terjadi pada masa kini, golongan yang Islam pada luarannya tetapi kafir pada dalamannya? Nauzu Billah Min Zalik.

Justeru, janganlah kita sekadar tahu mengucapkan kata cinta tapi buta hati akan makna cinta sebenar. Erti cinta sebenar ialah apabila kita cinta pada apa yang dicintai oleh Allah. Cinta (patuh) apa yang diperintahkan oleh Allah dan benci pada apa yang dilarang oleh Allah. Cinta ini membawa kita ke jalan Allah dan seterusnya menjadi muslim sejati iaitu orang yang dicintai Allah. 

Kedua, erti Cinta Sebenar ialah Cintailah kerana Allah. Jika kita mencintai seseorang cintailah kerana Allah. Cintailah seseorang bukan saja pada rupanya tapi cintailah seseorang kerana cintanya yang dekat dengan Allah iaitu yang mengikut ajaran Allah.

Semoga dengan memahami kesempurnaan cinta sebenar, maka kita akan berada di dalam landasan kebenaran. Raihlah ia dengan bermunajat kepada Allah supaya dikurniakan hati yang lapang untuk menerimanya dan mengimaninya. Kesempurnaan cinta bermula dari mencintai Allah yang Esa dan insyaAllah akan sempurnalah cinta kepada yang lain. SubhanAllah...

Katakanlah "Saya Cinta Allah dan menyintai apa yang dicintai olehNya." Semoga dengan sentiasa membisikkan dalam hati, hati kita terarah dan terlatih untuk hanya menyintaiNya dan menyintai apa yang dicintai olehNya. 

Cinta yang sebenar-benar cinta!

Wednesday 23 January 2013

7 Keajaiban Selepas Anda Menangis


7 keajaiban selepas anda menangis. Ramai orang tahu selepas menangis memang akan rasa lega. Yelah, menangis itukan salah satu cara meluahkan perasaan yang terpendam. Menangis pun ada beberapa kategori yang tersendiri, antaranya: manangis kerana sedih, menagis kerana gembira, menangis kerana lakonan, dan sebagainya. Pokoknya, menangis keluar air mata. Aiwah!

Namun tahukah anda terdapat 7 keajaiban selepas anda menangis. Apa yang ingin saya kongsikan adalah berdasarkan kajian pakar. Di bawah saya senaraikan apa yang boleh anda perolehi setelah menangis dan berair mata.

1. Membantu Penglihatan.

* Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri.  Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh Bakteria.

* Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam masa 5 minit.

3. Meningkatkan Mood.

*Seseorang yang menangis boleh menurunkan level depresi kerana dengan menangis, mood seseorang akan menaik kembali. Air mata yang dihasilkan dari jenis menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem matabolisme tubuh bebanding air mata yang dihasilhan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan Racun

* Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan mendapati bahawa air mata yang keluar daripada hasil menangis kerana emosional ternyata mengandungi racun. Tapi jangan salah anggap, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun daripada dalam tubuh dan mengeluarkan melalui mata.

5. Mengurangkan Stress.

* Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi. 

6. Membangun Komuniti.

* Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang membina sebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosial.

7. Melegakan Perasaan.

* Semua orang rasanya merasa demikian. Walaupun anda didera pelbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega dan tenang.

Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung menjadi lancar, oleh sebab itu menangis dapat membuatkan seseorang berasa lebih baik, selesa dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran anda semasa menangis, jangan dipendam kerana anda boleh menangis sepuas-puasnya! 

Saturday 19 January 2013

Motivasi Diri-Jangan Bersedih, Dunia Ini Terlalu Kecil Untuk Ditangisi

Kesedihan adalah satu fitrah yang Allah ciptakan kepada hambaNya. Kadangkala kesedihan mampu membuat kita kembali kepadaNya, dan kadangkala juga kesedihan membawa kita jauh dariNya. Semuanya berlaku kerana izin Allah Ya Rabbul Izzati. Maka kemanakah tempat terbaik untuk kita mencurahkan kesedihan agar ia tidak menjadi perkara yang sia-sia? 

Acap kali, manusia itu bersedih kerana perkara duniawi semata-mata. Apabila kita gagal dalam peperiksaan kita akan bersedih. Ketika putus cinta dengan sang kekasih kita akan bersedih. Hatta apabila kita kehilangan sesuatu yang kita sayangi, kita juga pasti akan bersedih. Persoalannya, wajarkah untuk kita bersedih semata-mata perkara dunia yang kelihatan besar di mata kita, sebenarnya terlalu kecil disisi Allah Azzawajalla. 


Dalam sebuah Hadith Sahih disebutkan:


Seandainya nilai dunia ini disisi Allah
sama nilainya dengan sayap seekor 
nyamuk, nescaya Allah tidak akan
memberi minuman kepada orang kafir
walau seteguk air pun.

Menurut Allah, dunia lebih tidak berharga dari sayap seekor nyamuk. Maka inilah hakikat sebenar nilai dan timbangan dunia ini disisi Allah. Lalu atas alasan apa untuk kita bersedih dan gelisah kerana hal dunia semata-mata?

Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah seorang ulama yang sangat masyur pernah mengatakan bahawa:

Mengigati Allah itu ibarat air kepada
ikan, lihat keadaan ikan apabila
berjauhan tanpa air.

dan Ibnu Qayyim Al Jauziyyah juga pernah mengatakan bahawa:

Di dalam hati manusia ada kesedihan
dan tidak akan hilang kecuali gembira
mengenali Allah

Sakinah atau kebahagiaan adalah apabila anda merasa aman atas diri sendiri masa depan, keluarga dan kehidupan anda sendiri. Dan semua ini terhimpun dalam keimanan, redha terhadap qadha' dan qadhar serta diiringi oleh sifat qana'ah dan sabar.

Oleh itu kita harus kembali kepada hakikat hidup yang sebenar, jadikanlah kesedihan itu sebagai ruang untuk kita meraih pahala daripadaNya dan bukanya kita lemparkan dan luahkan segala kesedihan kita semata-mata kerana dunia, kerana dunia ini terlalu kecil untuk ditangisi.

copy from:

-Artikel iluvislam.com


Sunday 13 January 2013

La Tahzan Innallaha Ma'ana.. ^,^


       Maksud La Tahzan Innallaha Ma'ana..  Jangan bersedih, sesungguhnya Allah ada bersama-sama kita.

"Kadang-kadang Allah sembunyikan 
matahari,

Dia datangkan petir dan kilat.

Kita menangis dan tertanya-tanya ke
mana hilangnya matahari?

rupa-rupanya..

Allah hendak memberi kita pelangi"

Saat kita menempuhi onak duri dunia, ya mungkin ada kalanya kesedihan itu terus memanjat-manjat di dasar hati lantaran ada dugaan yang memedihkan dan mengusik ketenangan jiwa. Air mata seakan bersedia mahu keluar agar tidak terus berombak di kolam hati. Saat itu mungkin sabar tidak dikenali lagi. Dalam terharu, air mata tumpah juga, mengalir deras mengeringkan derita. Kemudian ada sedikit ketenangan mula menyusup membalut lara, sinar-sinar harapan menampakkan cahaya menyuluh jalan yang lebih bahagia. Kekayaan seakan tumbuh dari sokongan dan kesedaran, wajah mula tenang dan senyuman mula terbentuk. Cerialah diri. Suka duka, sedih gembira bagaikan silih berganti. Wahai hati, ingatlah diri kita ini tidak hidup abadi. Esok, lusa, mana tahu kita akan mati.

Wahai Hamba Ilahi,

Allah mendugamu bukan kerana Dia mahu menyusahkan dirimu tetapi Dia ingin mengetuk hatimu yang tidak pernah lelah bermain dengan dunia agar dirimu kembali lurus pada jalanNya..

Ingatlah, Allah tidak pernah melupakan kita tetapi mungkin kita yang selalu melupakanNya, melupakan ayat-ayatNya, melupakan nikmat-nikmat yang telah kita pinjam dariNya..

Ketika kita senang, dengan mudahnya kita meninggalkanNya. Ketika kita susah, kita meraung menyeru namaNya. Tidak malukah kita padaNya? Sedarlah ! Kita hambaNya bukan siapa-siapa. Jika tidak kerana kasih sayangNya kita tidak akan dapat merasai apa yang kita miliki tika ini..

Sedarlah jiwa-jiwa yang terleka,

Hadapilah segala ujian dengan rasa kehambaan kepadaNya. Tersenyumlah kerana setiap kesulitan itu pasti akan disusuli oleh kemudahan. Sesungguhnya dugaan dan ujian hadir dalam hidup kita adalah tanda sayangnya Allah pada kita. Oh untungnya kita.

Ayuh kembali menjadi hambaNya, kesilapan yang lalu jadikanlah sebagai pengajaran buat kita agar terus berjaya di masa depan. Jangan biarkan kegagalan itu membunuh jiwa kita untuk terus bangkit.

Buatmu wahai jiwa-jiwa yang terluka..

Jangan bersedih, kerana qadha' telah ditetapkan, sesuatu yang ditakdirkan telah terjadi, pena-pena telah mengering, lembaran-lembaran catatan ketentuan telah pun dilipat, dan setiap perkara telah ditetapkan! Betapapun, kesedihan anda tidak dapat mendahulukan atau mengakhirkan kenyataan yang terjadi, dan tidak juga mampu menambahkan atau mengurangi apa yang telah ditetapkan.

Jangan bersedih, kerana kita telah melalui kesedihan itu kelmarin dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun pada keesokan harinya. Kesedihan demi kesedihan bakal membuat kita semakin terperuk dalam keputusan asaan dan dunia yang luas dirasakan sempit dan tidak lagi berguna. Padahal, dunia inilah kesempatan untuk kita dekatkan diri kepada Allah untuk kita raih syurgaNya yang tersangat indah serata bebas daripada rasa kesedihan.

Jangan bersedih, sebab usia anda yang sebenarnya adalah kebahagiaan dan ketenangan anda. Oleh sebab itu, jangan habiskan usia anda dalam kesedihan, jangan biarkan malam-malam anda dalam kecemasan, jangan anda tukar kebahagiaan dengan ketakutan, dan jangan mensia-siakan waktu anda yang masih tersisa, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang mensia-siakan waktu.

Wahai hamba Allah, iaitu saya dan kamu.

Gara-gara kesedihan, air yang manis akan terasa pahit, makanan yang lazat terasa hambar dan bunga mawar yang mekar mewangi terus menjadi layu. Kita sendirilah yang menggerakkan saraf pemikiran kita, menggubah situasi kita, meletihkan hati kita dan menganggu tidur kita dengan rasa kesedihan itu.

Ingatlah tangisan terindah itu apabila butir-butir airmata mengalir hangat di pipi lantaran terasa diri kita begitu kerdil di sisi Allah dan begitu berdosanya kita disisi Allah. Jika kita soal pada hati kita yang paling dalam. Berapa banyakkah dosa kita? sakitkah? banyakkah? terhitungkah? Allahu Rabbi.. Semoga Allah sentiasa mengampunidosa-dosa kita serta menggerakkan hati-hati kita supaya sentiasa bertaubat kepadaNya agar diri kita tidak tenggelam dengan dosa-dosa yang menggelapkan hati lalu memadam nur hidayah yang dialami.. Sama-sama kita renungi diri kita ini lebih-lebih lagi yang menulis ini dan sahabat-sahabat yang dikasihi. Insyallah, semoga Allah redha ke atas kita semua. 

"Basahilah wajahmu dengan
titisan air sembahyan,
dan jangan sekali-kali
wajah ayumu degenangi
dengan air mata kecewa
kerana cinta.

Serahkan cintamu pada Allah,
Engkau pasti tidak akan kecewa"

"Jangan kamu bersikap lemah, dan
janganlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah orang-orang yang
paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-
orang yang beriman." - (Surah Al-Imran:139)




Friday 11 January 2013

Artis Lelaki Yang Di Minati :)

Hehehehe.. ada 3 orang artis lelaki yang saya minat.. kite mula dari tempat ke-3 dulu la yer.. ^,^

Tempat ke-3 dimenangi oleh (bunyi dram sikit)

                                                                  Hairul Azreen Idris


Saya minat Hairul Azreen nie since tengok cerita Hantu Kapcai and Setia Hujung Nyawa.. muke die cute hehehe.. sebab tu la saya suke tengok die.. hanya sebab ini sahaja tidak lebih.. hehehe.. ^,^

Tempat ke-2 pulak dimenangi oleh..... (bunyi dram lebih sikit dari tadi..) hehehe..

                                                                    Adi Akmal Sehrom



Adi Akmal nie pulak saya minat die semenjak dengar lagu yang dinyanyikan oleh beliau.. iaitu Berjalan Tanpa Henti.. dia adalah penyanyi kumpulan Devotees dan juga pembaca berita TV Al-Hijrah.. kalau tak silap dia nie single lagi.. hehehe.. kalau tak silap la yer.. tak sure sangat.. ^,^

Dan JUARA pada minggu ini adalah.. 

(jeng, jeng, jeng...)

                                                                        Hafiz Hamidun      


Hafiz Hamidun nie saya minat die since dengar zikir terapi kat Astro Oasis.. bile da setiap hari dengar zikir die lame-kelamaan minat la pulak dekat Hafiz Hamidun nie.. ialah kurniaan Allah.. terlampau minat kat zikir terapi die nie.. sampaikan nak tido pown mesti dengar.. satu ker dua zikir.. memang betul-betul berkesan zikir die nie.. Hafiz Hamidun nie jugak adalah bekas ahli kumpulan nasyid UNIC.. jadi da semestinya la suare die sedap.. ^,^

Itu je la pada minggu ini.. minggu depan kalau rajin saya buat lagi.. hehehe.. sekian terime kasih.. ^,^

Azam Baru... 2013..

Saya punya azam tahun ni biase2 je.. Tapi ianya amatlah bermakna dalam hidup ini.. Azam saya ialah ingin menjadi seorang yang lebih baik dari sebelumnya.. Untuk menjadi baik itu senang.. Tapi kenape ramai orang yang gagal menjadi baik?? Pada saya semua perkara yang kita lakukan mestilah berdasarkan niat yang betul.. insyallah kalau niat kita untuk menjadi baik kerana Allah.. Allah pasti akan membantu.. Dalam proses menjadi baik rakan-rakan yang memang dah kenal kita sebelum nie mesti rase kite nie just nak maen-maen je.. tapi tak semua yang beranggapan begitu.. hanya kawan yang baik sahaja yang akan mendukung apa yang kita buat.. dia akan memberi kita semangat dan mungkin juga akan membantu kita dengan mengajar kepada kita cara untuk menjadi baik.. dugaan yang kita akan hadapi bila kita ingin berubah kepada sesuatu yang baik mesti ada.. antara dugaan yang popular adalah hinaan dari kawan-kawan yang sebelum ini berkawan dengan kita mungkin juga kawan baik kita sendiri.. kedua.. kita akan disishkan walaupun sebelum nie dengan kita je la budak tu berkawan.. dan yang ketiga.. akan ada orang yang menjangkakan peruban ini akan berlaku hanya sementara/sekejap.. walau apa pun dugaan yang kita terima jangan sesekali kita berputus asa.. pedulikan apa orang nak cakap.. yang penting niat kita.. hanya Allah dan kita sahaja yang tahu sejauh mana ketulusan kita ingin berubah menjadi yang baik dikalangan yang terbaik.. kerana dugaan itulah yang menunjukkan sejauh mana keimanan kita kepada Allah dan sejauh mana semangat kita ingin berubah.. :)

*kalau terdapat sebarang kesalahan saya memohon kemaafan.. Saya hanya manusia biasa yang tidak terlepas dari kesilapan.. :)