Hey guys!! My name is Farhana Najihah Zulhazmi.. I'am sweet fifteen..:)^^

Let's view and read my blog.. hope you all will happy when you see my simple blog :)

Saturday, 11 January 2014

Aktiviti hari ini

Hye uollss.. Celik2 je mata tngk hari nie dah hari ahad.. Ini bermakna esok sekolah.. So hari nie kene la selesaikan semua hmwrk last week supaya x tertangguh-tangguh.. Hari nie jugak kene kemas barang sekolah untuk esok.. Iron baju untuk seminggu sebab nanti senang.. Takut nanti terlebih sibuk smpai x senpat nk iron baju.. Memandangkan hari nie x bnyk kerja sangat, so boleh la iron baju untuk seminggu terus.. Paling tak suke esok kene pakai baju kemeja sbb ade perhimpunan rasmi.. Tak sukenye.. Bile nak letak jawatan cikgu tak bagi.. Herm :( kalai langgar peraturan kene demarit.. Susah betul la.. Cepat la sikit result mrsm keluar.. Dah penat dah tunggu nak pindah nie.. Nak tinggalkan segala kenangan pahit yang ada dekat sekolah tu..

Friday, 10 January 2014

Cerita Hati

Hye uolls.. Nie post pertama sye dalam tahun 2014 nie.. XD 2013 dah berlalu dengan seribu satu cerita pahit dan manis.. Perjalanan hidup takkan lengkap tanpa adanya dugaan dan cabaran.. Setiap kali bangun pagi sye akan cakap pada diri sendiri apapun yang berlaku hari nie sabar je sama ada yang baek mahupun sebaliknya.. Hari nie hari sye bermula dengan sesuatu yang kurang menyenagkan perasaan.. Sye manusia yang tak suke tanggung masalah sorang-sorang.. Sye suke berkongsi walaupun orang laen tak bagi reaksi.. Sye suke luahkan segala perasaan sye.. Hari nie sye belajar sesuatu fakta.. 'Lelaki akan lebihlan kawan daripada kekasih sendiri' dan inilah hakikatnye sekarang.. Sakit, pedih dah sebati dalam diri.. Ramai yang tanya kenapa masih setia walaupun rasa macam syok sendiri.. Rasa tak dilayan, bila tnye sepatah jawab sepatah.. Pada sye siapa pun die buruk dan baek die sye terima.. Buat masa ini mungkin ini yang terbaek yang Allah berikan.. Bile perlukan seseorng untuk berborak tapi die tak de dan muncul pula seseorang yang menghulurkan perhatian sedikit sebanyak hati ini mula nk berubah.. Tapi sye selalu cakap pada diri sendiri jangan berikan rasa suka+cinta itu hanya kerana sikap perihatinnya kepada kite hanya untuk beberapa hari ini.. Fikir semula siapa yang kite kenal terlebih dahulu? Yang mula2 mengetuk pintu hati nie? Ingat balik bacam mana susahnya untuk hati ini sabar dalam meraih cinta dan syang die dulu.. Dan soalan-soalan inilah yang membuatkan sye masih menanti sehingga keakhirnya perjalanan hubungan nie.. Dan hari ini saya akan terus tersenyum.. :D

Monday, 2 December 2013

Cerita Hari Ni

Hari nie asik hujan je dari pagi tadi lagi.. Rase macam malas nak keluar rumah hujan-hujan macam nie.. Tapi demi kakak tercinta keluar jugak la teman di pegi buat IC.. Untung lah IC die cantik.. Sumpah jealous.. Tapi tak pe lah orang tengok kite bukan dari IC tapi secara realiti.. Kurang cantik atau cantik itu nombor dua yang penting hati kene la baik.. hehehe.. :P Semakin hari bile muhasabah diri nie balik rasenye dah dapat jawapan yang tepat.. Saya percaya saya sayang die sangat-sangat walau 1000 lelaki kacak berada di hadapan saya.. Saya tetap pilih die sebab saya rase die adalah yang tebaik yang saya temui dalam hidup saya.. Susah nak tipu diri sendiri.. Tapi rase takut kecewa tu masih ada la.. Well siape yang tak takut dikecewakan.. Tapi kekecewaan tu adalah perkara biasa dalam sebuah perhubungan.. Saya tak pernah cemburu kalau die berkawan dengan perempuan lain.. Sebab saya tau die macam mana.. Die tak pandai usha orang dulu pown saya yang usha die dulu.. Hahaha.. Tapi kalau satu hari nanti die usha seorang perempuan memang perempuan tu yang terbaik dan hebat lah sebab dapat pikat hati die.. Seriusly bertuah giler.. Apa-apa pown sekarang nie kite ikut je perjalanannye andai ditakdirkan bersama hingga hujung nyawa.. Alhamdulillah.. Kalau bukan pown Alhamdulillah.. Sebab akan ada yang lebih baik untuk kita.. #Bersangka baiklah terhadap aturan Allah.. (^___^)

Saturday, 12 October 2013

Excited.. *_*

*wink wink* mlm nie excited tetibe sbb baru update blog.. hehehe.. setelah sekian lama dibiarkan baru sekarang berkesempatan nk update.. barula semangat sikit nak bukak setiap hari.. kalau tidak bosan je.. hehehe.. nmpk tak disitu kejujuran kerana dengan beraninye mengutuk blog sendiri.. aper punye blogger la nie.. hish.. kalau la blog nie ader perasaan mesti 'die' da merajuk and x der da la tempat untuk share masalah.. hihihi.. sabar je la.. tu je kowt.. assalamualaikum.. ^_^ #mukacomel..

Saturday, 14 September 2013

Kerana sebuah cerita..

Malam nie tetiba rase macam nak menulis.. Walaupun tak der bende yang nak dituliskan sangat.. Just nak kongsi sebuah cerita.. Mungkin ader yang tau dan mungkin ade yang tak pernah dengar pown.. cerita nie, cerita novel then diadaptasi jadi drama bersiri kat TV Al-Hijrah.. Tajuk cerita nie Warkah Cinta.. Cerita die sangat memberi kesedaran la kalau hayati betul-betul.. Tak rugi tunggu berbulan-bulan untuk dapatkan novel nie sbb novel nie sangat limited..Setiap bulan pegi tengok kat kedai buku.. Dan novel ni ader sambungannye.. Tajuknye Kala Cinta Dan Wahyu Bersatu.. Ade la beberape petikan yang best dalam novel nie yang boleh dikongsikan bersama.. #cewah.. 

BIDUK PATAH KEMUDI

Amir Mukhlis
(Nama watak dalam novel nie)

Ketika dunia masih berkabus dia pergi meninggalkan aku. Gerimis turun kesedihan. Lalu aku beredar meninggalkan pulau kecewa. Menaiki biduk kecil tidak bertuan. Membelah ombak yang menggulung hiba. Mencerai percikan air dengan tubir pendayung duka. Tanpa disangka, kemudiku patah dan aku tersadai. Terkandas di pulau tidak bernama. Lalu kunamakan ia 'Pulau Sepi'. 

Aku terdampar di pulau ini. Sunyi dan terus menanti. Mengharap muncul seseorang yang membawaku pergi. Lama aku di situ, bermain sendiri. Yang menyanyi untukku adalah alunan angin dicelah pepohon. Yang menyapa tubuhku adalah bayang-bayang tidak bersisi. Tiada suara, tiada bahasa yang dapat kufahami. Hanya ada desir dan gemersik. Aku jadi bisu.

Seawal berada di pulau itu, aku fikir sendiri akan buta. Pendengaranku akan hilang perlahan-lahan. Akal warasku akan tumpul kewajaran. Sehingga jasadku akan mengering dan aku mati kelaparan. Saat itu aku merasakan kaki dan tangan kaku, saraf-saraf di tubuhku hilang rasa, arteri-arteri yang meluru ke jantungku terputus.

Lalu aku membuka kembali simpulan janji. Aku satukan hati. Aku tahu aku perlu terus hidup. Terus menjaga diri sendiri agar tidak mensia-siakan setiap peluang kehidupan yang ada. Aku cuba mengingatkan diri tentang masa depan., tentang harapan. Aku perlu berteguh walau apa jua keadaan. Aku cuba mengingatkan diri di sisi insan ada Tuhan. Ada kuasa yang selalu mendengar dan melihat. Yang menghidupkan dan mematikan. Yang merosakkan dan menyuburkan. Yang mengawal segalanya. Perlahan aku menemukan kekuatan.

Darah kembali mengepam jantungku. Saraf-sarafku mencucuk kesakitan dan aku mengaduh. Deriaku kembali mencipta rasa. Memaksaku bangkit dan mencari sesuatu untuk meneruskan kehidupan. Tubuh letai itu kugagahi untuk bangun. Aku harus berbicara. Tidak boleh membiarkan sendiri jadi bisu. 

Biduk patah kemudi tersesat di lautan, 
Teringat tuan puteri yang muncul dalam ingatan,
Tugu kasih tinggal kenangan,
Namun hidupku tetap diteruskan.

Entah mengapa, pemergiannya buat aku kesal. Baru aku tahu, dia sangat istimewa.Walaupun dia cuma singgah seketika di nubari, namun figurnya telah bermukim di lubuk hati. Dia seolah kekal di situ walaupun takdir menyatakan dia tiada lagi.

Ni lah antara petikan yang menyentuh sanubari.. Mungkin nampak simple tapi sebenarnye tersimpan 1001 maksud yang tersirat.. Bacalah dengan hati yang lapang dan kosong nescaya anda mampu memahaminya.. Petikan nie jugak penah membuat saya berubah.. Waktu tu saya down sangat2.. Rase give up habis lah.. tapi lepas hayati setiap ayat dalam petikan uw.. Terase macam ada kekuatan yang datang secara tiba-tiba.. Sejak tu saya suka baca petikan nie banyak kali.. Lagi-lagi bila saya down.. Petikan nie banyak memberi motivasi jika kita faham apa maksud perkataan dalam setiap bait-bait perkataan yang diluahkan.. Penulisan mampu mempengaruhi minda seseorang itu jika dia mampu memahami apa yang penulis ingin sampaikan kepada pembacanye.. Novel nie adalah novel yang mengisahkan tentang kisah cinta remaja yang membincangkan soal aurat, akhlak dan maruah sebagai isu utama.. Susah nak dapat penulis yang menulis sebuah cerita berasaskan islamik pada zaman sekarang nie.. Hope lebih ramai penulis yang akan menerbitkan buku islamik seperti nie.. Sedikit sebanyak ia mampu membantu remaja masa kini.. ^_^

Sunday, 18 August 2013

Mohon Terasa!!!

Sorry sebab saya block awak dari FB saya.. Bukan maksud saya untuk buang awak dalam hidup saya.. Cuma saya tak nak kehadiran awak dalam hidup saya menganggu segala kebahagiaan yang baru saya dapat setelah saya dikecewakan.. Saya nak move on.. Saya dah tak nak berharap kat awak lagi da.. Cukup la dulu saya jadi bodoh sebab tunggu seseorang yang tak pernah hargai saya.. Saya harap sangat awak dah tak muncul lagi dalam hidup saya.. Saya tak nak mencipta apa-apa kenangan yang melibatkan awak.. Mungkin ini keputusan yang terbaik untuk awak dan saya.. Awak hidup la dengan cara awak.. Dan saya akan hidup dengan cara saya sendiri.. Lagi satu, kalau kehadiran awak dalam hidup saya untuk menyakitkan hati saya je.. Tak payah kowt.. Buang masa awak je.. Saya rase kat luar sana ramai lagi perempuan yang tergila-gilakan awak (kecuali saya la).. Mustahil la tak de orang nak awak.. Well awakkan best student anak pengetua pulak tu.. Hot kowt.. Tu je kowt yang saya nak luahkan.. Walaupun saya tau mustahil awak baca bende nie.. Tapi daripada pendam sorang-sorang mungkin boleh jadi gila sebab tekanan perasaan kan.. Memandangkan blog nie saya punye jadi.. Suke hati saya la saya nak tulis ape.. And saya tak mention nama sesiapa.. Kalau terasa uw nasib la.. Siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya.. Sekian terima kasih.. ^_^

Thursday, 15 August 2013

Kisah Seorang Bidadari Syurga Iaitu Ainul Mardhiah.. ^_^

Tertarik untuk berkongsi cerita tentang Ainul Mardhiah seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari yang lain.

Suatu pagi (di dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihat pada agama Allah) katanya sesiapa yang keluar berjihat di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari syurga. Mendengar berita itu, seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat untuk mengetahui bagaimana cantiknya bidadari tersebut tetapi dia berasa malu untuk bertanyakan kepada nabi dan pada para sahabat yang lain. Namun, dia tetap memberi nama sebagai salah seorang yang akan keluar berperang.

Sebelum zohor Rasulullah akan tidur sebentar, maka para sahabat pun turut tidur termasuklah pemuda tersebut juga turut tidur sebelum zohor. Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang cukup indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri lalu ditanyanya dimanakah dia...lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan 'Ainul Mardhiah'... lalu ditunjuknya ke suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tidak pernah dia lihat kecantikan seperti itu... tak pernah dilihat di dunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya adakah dia Ainul Mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidak... saya khadamnya, Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana sana. 

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi, sedang mengelap permata-permata perhiasan di dalam mahligai... lalu diberi salam dan ditanya lagi adakah dia Ainul Mardhiah... lalu wanita itu menjawab... ehh tidakkk, saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini... Ainul Mardhiah ada di atas mahligai sana... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua... dan tak pernah dia lihat di dunia... lalu wanita itu berkata... akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nanti!!! kamu belum syahid lagi... tersentak itu, pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada salah seorang sahabat yang lain, namun begitu dia memesan agar tidak menceritakan cerita itu kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia syahid barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi diantara jemaah tersebut telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah salah satu sunah nabi). Maka kawan pemuda yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal pemuda yang syahid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar... benar... benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga... Subhanallah...